PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NOR AZILA

1 minit yang lepas

Semoga Allah SWT kurniakan ketenangan dan kesabaran serta rezeki yang tak terhingga banyaknya kepada penderma agar boleh derma dengan banyak lagi untuk saham akhirat. Aamiin Aamiin YRA.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AISAR ANGGUN

59 minit yang lepas

semoga Aisar dan Anggun membesar dengan sihat dan menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan jadi anak yang akan berbakti pada kedua mama dan ayahnya nya kelak.. aminn YRA.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 jam yang lepas

Semoga saya murah rezeki untuk jaga mak ayah saya sampai akhir nyawa.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR DEANNA

1 jam yang lepas

Ya Allah yg Maha Pemberi Rezeki, aku ingin memohon dgn kekuasaanmu tiupkanlah roh dlm rahimku ini. Kurniakanlah kami suami isteri rezeki utk memiliki zuriat yg soleh dan solehah. Berikanlah kami peluang untuk merasai nikmat menjadi ibu bapa.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 jam yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan dan doa yg terbaik utk semua yg membantu orang dan golongan yg susah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 jam yang lepas

Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: