PUSAT JAGAAN TITIAN KASEH

Aktif sejak Mar 08, 2022

Tentang Penganjur

Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.

NO 15 PERSIARAN TITIWANGSA TAMAN TASIK TITIWANGSA , 53200, Kuala Lumpur, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
akmalyosuf@gmail.com
+60172098984
+60340235769

Doa-Doa #Penyumbang

MOHD FAIZUL

1 bulan yang lepas

Moga di panjang kan umur di beri kesihatan yang bertambah baik dan di sembuhkan segala penyakit.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga allah memberi keberkatan hidup

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZULAIKA

1 bulan yang lepas

semoga anak2 sihat selalu .dan dimurahkan rezeki

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SAODAH BINTI SHAFIE

1 bulan yang lepas

Semoga anak2 diberikan kesehatan yg baik dan dilindungi oleh Allah taala

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SHAIBAH

1 bulan yang lepas

Doakan say dimurah rezki dan diberi keaihatan yang baik dan istiqomah memberi sumbangan kerana Allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Bismillahirrahmaanirraahiiim. Ya Allah ya tuhanku, langsaikanlah segala hutang yang dibuat oleh suamiku atas namaku dan bantulah dia bantu ibu bapanya juga dalam melangsaikan hutang-hutang mereka. Tiada daya upaya yang lebih drpd Mu, ya Allah.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: