Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Ya Allah, Kau mempermudahkanlah segala urusan penganjur. Ampunilah segala dosa umat Islam dan jadikanlah kami umat Nabi Muhammad yang sebaik umat baginda. In Shaa Allah.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

saya sihat waalfiat dilimpahi rezki cerah masa depan dan dimudahkan semua urusan aminnnn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Moga dipermudahkan segala urusan

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROHANI BINTI MOHD SOOD

2 bulan yang lepas

Semoga saya Rohani Binti Mohd Sood suami anak2 menantu2 dan cucu2 semua mendapat Keampunan

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Mg Allah redho.. Ikut Sunnah nabi.. Diberi keberkatan dan Rahmat Allaah di dunia dan akhirat.. Aamin yang Rabb

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Semoga Allah mengurniakan kita semua tawfiq dan hidayah dalam melakukan ketaatan dan beribadah kepadaNya hanya kerana Allah dan mengharapkan keredhaanNya semata aamiin. Doakan saya kekal istiqomah dan sentiasa diberi petunjuk jalan yang lurus serta bertambah keimanan saya dan ketaqwaan kepada Allah SWT aamiin ya rabb. Semoga kita semua diambil dalam keadaan khusnul khotimah

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: