Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, limpahkan lah kami semua rezeki yang halal dan jauhkanlah fitnah dari rezeki yang Kau berikan. Makbulkanlah segala doa2 kami. Rahmatilah kami semua ya Allah.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH - BW1

3 tahun yang lepas

Ya Allah, sayangilah hambamu ini. Suburkanlah cintaku padamu. Aku hanya mahu redhaMu Ya Rahman Ya Rahim. Aku rindu kasih sayangmu Ya Allah.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan lah dosa2 kami, perluaskan rezeki kami dan permudahkan lah urusan harian&ibadah kami suami isteri.

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah...lapangkan segala kesulitan dan dilapangkan rezeki seluas langit dan sentiasa mengalir spt air zam zam spy dpt trs memberi manfaat kpd umt islam yg lainnya

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan lah dosa2 kami, perluaskan lah rezeki kami, permudahkan lar urusan harian&ibadah kami.

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah kurniakanlah kedua ibu bapaku balasan syurgamu serta satukanlah kami sekeluarga disyurgamu ya allah.kurniakan kami rezeki halal y x putus2.selamatknumat islam dari azab api nerakamu ya allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: