Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga ibadah ku diterima allah...

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga allah permudahkan urusan kita semua.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR KEISYA AURORA

3 tahun yang lepas

Ya Allah sembuhkan lah anakku Nur Keisya Aurora secepat mungkin Ya Allah yang Maha Penyembuh amin ya allah ya mujib...

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR KEISYA AURORA

3 tahun yang lepas

Ya Allah Sembuhkan lah anak ku Nur Keisya Aurora secepat mungkin dan selamanya amin ya allah ya mujib Ya Allah yang Maha Penyembuh

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Tuhanku, Aku memohon kepada - Mu agar Kau sembuhkanlah semua penyakitku. Ya Allah, Kau kurniakanlah kepadaku rezeki yang luas dan tidak terbatas. Amiin ya rabbal 'alamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Terima kasih kerana membolehkan saya menginfakkan sedikit bahagian saya untuk PPIM.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: