Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Luaskanlah dan halalkanlah rezeki kami. Bantulah saudara2 kami yg sedang dalam kesusahan. Berkatilah bulan ramadhan tahun ini.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah.Anugerah kan kami kesihatan yg baik.Umur yg pjg dan berkat.Rezeki yg berkat.Keluarga yg kasih syg. Sekiranya ada nya Pahala dari infak ini. Sy niat hadiahkan kpd kedua ibu bapa kami.Ameen

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah kurniakan la pada kami rezeki yang luas.. kesihatan yang baik. Serta panjangkan lah umur kami..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah berikan syifa kesembuhan sakit ayah dan makku,panjangkan usianya utk aku berbakti pd mereka,berikan kesihatan yg baik pd keduanya serta jadikan suami dan anak2 ku beriman soleh solehah Aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah... Engkau hancurkanlah musuh-musuh Islam...

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Astaghfirullah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: