Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakanlah kpd kami rezeki yg luas, kurniakan kpd kami rezeki yg halal lgi baik tanpa memberatkan kami, kurniakanlah kpd kami kesihatan yg baik, dan engkau berkatilah kami

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ampunkanlah dosa kami sekeluarga, dosa ibubapa kami, dosa mentua kami, dosa kaum kerabat kami dan muslimin muslimat. Jadikanlah anak2 kami soleh dan solehah. Permudahkan segala urusan kami ya Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami sekeluarga, berikanlah kami kesihatan yg baik, sembuhkanlah segala penyakit kami, berikanlah kami usia dan rezeki yg berkat serta semoga kami dlm rahmatMu selalu.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RA KASIM

3 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa kami sekeluarga,luaskan rezeki Kami Dan jadikanla keluarga Kami ,hwmba Yang Raat menunaikan perintah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah ampuni dosa2 kami dn kedua ibubapaku kami serta org2 yg pernah kami zalimi . Sampaikan pahala sedekah ini kpd mereka. Rezeki kan kami dgn yg halal dn diberkati

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALMARHUMAH ROSMAH BINTI ISMAIL

3 tahun yang lepas

Ya Allah,Dikau cucurilah rahmatMu ke atas roh ibuku Almarhumah Rosmah bt Ismail.Ya Allah,Dikau ampunilah segala dosa ibuku semasa hayatnya.Ya Allah,Dikau hisablah ibuku dgn seringan² penghisaban.Amiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: