MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)

Aktif sejak Aug 02, 2021

Tentang Penganjur

RM1 Juta diperlukan bagi membaik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah (Cawangan Shah Alam)

Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

  • Membaik pulih siling sedia ada yang berasaskan asbestos dan kayu.
  • Menyiapkan bilik warden untuk menjaga dan mengajar para tahfiz.
  • Menyiapkan pusat sumber untuk menjadi pusat pembelajaran dan rujukan.
  • Membaik pulih pagar bangunan untuk lebih selamat dan teratur
  • Membuang dan membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai)

Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.

LORONG IKAN KELISA 9, KAMPUNG BUKIT LANCHUNG, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR , 40400, SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
salam.matizshahalam@gmail.com
+60107933710
0107993710

Doa-Doa #Penyumbang

MOHAMMAD ANUAR BIN ABD RAHIM

2 tahun yang lepas

Ya Allah engkau kurniakan lah aku rezeki yang melimpah ruah untuk ku dan ibu bapa ku , dan berikanlah aku kekayaan dari segi kesihatan ,keselamatan dan harta di dunia dan akhirat.Temukan aku dengan pasangan yang terbaik yang memiliki agama yang mantap dan akhlak yang mulia dan jadikan aku dan ibu bapa ku dimasukkan kedalam syurga firdaus dan jauhkan kami dari seksa kubur & api neraka jahanam.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya semoga dpt berjln semula Tnpa tongkat Dan d murahkan rezki selalu aammiinn 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah kau ampunkanlah dosa kami, kedua ibubapa kami, sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil. Ya Allah kau permudahkan urusan pekerjaan ku dan isteriku, kau jauhkan perasaan tidak senang mereka terhadap kami ketika kami sedang berkata-kata atau melontarkan pandangan, janganlah kau biarkan mereka menganiaya kami dalam melakukan kerja-kerja harian.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah mengurniakan kesembuhan untuk penyakit suami saya dan diberi kesihatan yang baik untuk kita semua.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ROMZI

2 tahun yang lepas

Ya Allah, Kau ampuni la dosa dosa kami sekeluarga, dosa dosa kaum muslimin dan muslimat. kau terima la segala amal ibadat kami. kau rahmati dan berkatilah kami umat Muhammad saw. akhir kata, saya meminta untuk mendoakan Arwah ibu saya yang Meninggal Dunia pada 15/01/2022.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan Zaiton Binti Che Din Dan Ahmad Hisyamuddin Bin Ahmad Rozuki(Anak Saya) Dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: