MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)

Aktif sejak Aug 02, 2021

Tentang Penganjur

RM1 Juta diperlukan bagi membaik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah (Cawangan Shah Alam)

Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

  • Membaik pulih siling sedia ada yang berasaskan asbestos dan kayu.
  • Menyiapkan bilik warden untuk menjaga dan mengajar para tahfiz.
  • Menyiapkan pusat sumber untuk menjadi pusat pembelajaran dan rujukan.
  • Membaik pulih pagar bangunan untuk lebih selamat dan teratur
  • Membuang dan membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai)

Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.

LORONG IKAN KELISA 9, KAMPUNG BUKIT LANCHUNG, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR , 40400, SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
salam.matizshahalam@gmail.com
+60107933710
0107993710

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya allah engkau kurniakan kesihatan yg baik utkku. Supaya dapat aku beriman kepadamu. Luaskan rezekiku ya allah,berkatilah rezekiku ya allah,permudahkan la urusan ku dunia dan akhirat, smg aku menerima jodoh yg terbaik dr mu ya allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya dan keluarga, dimurahkan rezeki selalu Doakan saya terus istiqamah dgn melakukan amal kebaikan

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ABDUL LATIF BIN MOHAMED NOOR

2 tahun yang lepas

Ya Allah aku bersekah kerana mu Ya Allah kau sembukan lah penyakit2 yg ada pada anak2 kami berikan lah dia zuriat dan kau sembuhkan lah penyakit2 yg ada pada diri ku dan isteri ku Ya Allah jika ada pahala sedekah kau hadiahkan lah pada kedua ibu dan bapa kami serta kedua ibu dan bapa mertua kami,keluarga kami agar dilindungi dari api neraka. Aamiin Ya Robbal Aalamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk melanjutkan pelajaranku pada tahun ini. Izinkan aku untuk masuk ke tempat belajar dengan cara yang baik, melalui jalan yang Kau redha. Izinkan aku untuk sentiasa memperbaharui niatku untuk menuntut ilmuMu keranaMu Ya Allah. Jadikanlah Ramadan kali ini sebagai yang terbaik dan izinkanlah aku untuk untuk keluar darinya sebagai hambamu yang lebih baik. Amin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk melanjutkan pelajaran tahun ini Ya Allah. Izinkan aku untuk masuk ke tempat belajar itu dengan cara yang baik, melalui jalan yang Engkau redha. Izinkan aku untuk sentiasa memperbaharui niatku menuntut ilmu keranaMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: