DANA PEMBINAAN RUMAH PERLINDUNGAN ANAK YATIM NUR HATI

RM116,648 / 77.77 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

3907 Penyumbang

120 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantulah Pertubuhan Kebajikan Nur Hati membina rumah baru buat anak yatim di sini. Rumah yang mereka duduki kini adalah rumah sewa dan keadaan rumah ini semakin tidak sesuai kerana ruang yang terhad.


Menjadi anak-anak yatim ini, kita tidak mampu membayangkan betapa perit dan sukarnya mereka membesar tanpa limpahan kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa. Menjadi mereka, terlalu banyak saat dan bibit kehidupan mereka yang tidak lengkap dengan saat-saat bahagia bersama keluarga. Malahan ada di antara mereka di Rumah Perlindungan Nur Hati ini yang pada mulanya sudah dibuang dan diabaikan sejak kecil.



Anak-Anak Nur Hati Yang Sedang Menunggu Giliran Untuk Membaca Al-Quran


Dalam realiti dan keadaan itukah kita mahu melihat mereka membesar? Atau dalam realiti dan keadaan itu sajakah yang menjadi nasib mereka sehingga mereka membesar kelak? Allah SWT menciptakan manusia untuk berkasih sayang antara sesama manusia dan atas sebab itu sifat dan nilai kasih sayang itu dicipta, diterbitkan dalam setiap diri manusia.



Rumah Kini Yang Sedang Disewa Mempunyai Ruang Yang Terhad


Justeru itu, Pertubuhan Kebajikan Nur Hati diwujudkan untuk memberi perlindungan terbaik kepada anak-anak ini. Anak-anak yatim, tidak sah taraf dan anak-anak asnaf dihimpun dan dilindungi di sini. Pertubuhan Kebajikan Nur Hati berusaha memberi segala yang termampu untuk memberi perlindungan yang sempurna dan selesa supaya kasih sayang di antara kami dapat dipupuk dan disemai di rumah yang tidak seberapa ini.



Anak-Anak Nur Hati Diterapkan Dengan Ilmu Agama Sejak Kecil Lagi


Namun, langit tidak selalu cerah kerana rumah yang menempatkan anak-anak yatim ini sudah semakin sempit kerana penambahan penghuni baru dan melihat mereka tidur berhimpit menimbulkan rasa kesal kepada kami kerana kami rasa gagal membekalkan rumah perlindungan yang selesa buat anak-anak yatim ini.



Tanah Wakaf Yang Akan Didirikan Rumah Baru Nur Hati


Oleh sebab itu, usaha membina rumah baru Nur Hati dilakukan. Alhamdulillah, rumah baru Nur Hati sedang giat dibina di tapak tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah yang baik hati. Rumah yang sedang dibangunkan ini adalah berkat daripada doa-doa dan setiap titipan sumbangan insan mulia di luar sana. Impian ini yang menjadi mimpi indah kepada setiap anak-anak di sini.




Tanah Wakaf Untuk Rumah Baru Nur Hati


Di tapak tanah rumah baru ini, kami mahu berikan sehabis baik kami untuk melihat anak-anak ini membesar dengan selesa dan berlindung dengan selamat kerana kami yakin persekitaran dan keadaan tempat perlindungan yang lebih selesa akan menghadirkan lagi semangat dalam mencipta kebahagiaan kepada anak-anak ini. Tidak lain dan tidak bukan, niat kami hanya ingin anak-anak ini tertawa gembira menikmati zaman kanak-kanak.



Anak-anak Tak Sabar Nak Duduk Rumah Baru Yang Bakal Dibina Di Sini


USAHA INI BELUM SELESAI! KAMI MASIH MEMERLUKAN SUMBANGAN BERTERUSAN DARI ANDA SEMUA!


Kami berharap segala sumbangan ikhlas anda tidak terhenti di sini. Proses pembinaan rumah baru ini masih memerlukan dana daripada insan-insan mulia di luar sana. Semoga setiap sumbangan ikhlas anda dapat dimanfaatkan secara berterusan sehingga pembinaan rumah baru ini siap sepenuhnya. Marilah bersama membantu membina rumah yang lebih baik untuk anak-anak Nur Hati.


"Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah 'Memperbaiki keadaan mereka adalah baik'."

(QS. Al-Baqarah: 220)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

Apr 07, 2024