Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM340 / 4.86 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
27 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Saya berasa kesian apabila melihat keadaan anak-anak ini, mereka hidup tanpa kasih sayang ibu bapa kandung mereka tetapi mereka tinggal di rumah anak yatim yang dijaga oleh insan-insan yang menyayangi nasib mereka. Kanak-kanak ini menghabiskan sebahagian besar aktiviti harian mereka di rumah anak yatim. Mungkin anda boleh bayangkan betapa pahitnya kehidupan mereka ketika ini. Apabila kanak-kanak sudah tua barulah mereka perlu hidup berdikari tanpa kasih sayang ibu bapa.
Mereka tidur bersama di atas katil yang tidak mencukupi kerana hanya ada beberapa tilam kusam dan rosak yang digunakan oleh kanak-kanak ini. Disebabkan tilam ini tidak mencukupi untuk semua kanak-kanak, ada di antara mereka yang terpaksa tidur tanpa menggunakan pelapik tilam.
Pendidikan mereka kini dijalankan di kompleks rumah anak yatim. Mereka semua sangat memerlukan alat tulis, pakaian yang sesuai, peralatan mandian dan nutrisi untuk tubuh mereka agar mereka kekal sihat dan bersemangat dalam menghadapi kehidupan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَنَا وَ عَنْ أَبِي . كَافِلُ الْيَتِيمِ فِي الْجَنَّةِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَأَشَارَ بَيْنَهُمَا
“Beginilah aku dan orang-orang yang menjaga anak yatim di syurga. Dia menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah dan dia meregangkan antara keduanya". (HR. Muslim)
Tunjukkan rasa sayang kita kepada anak yatim dengan meringankan beban mereka dengan memberi makan 3 kali sehari, tilam, selimut, pakaian yang sesuai, peralatan mandian, buku nota dan lain-lain. Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang menyayangi anak-anak yatim dan jadikanlah kami semua berjiran dengan Rasulullah ﷺ di Syurga. Amin!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2022