Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM5,053 / 101.06 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
209 Penyumbang
Kempen Berjaya
BANTUAN MUSIM SEJUK UNTUK SAUDARA KITA DI KASHMIR
Umat Islam Kashmir kini bersiap siaga menghadapi musim sejuk yang menggila!
Majoriti umat Islam di Kashmir, khususnya di wilayah yang diduduki oleh kerajaan India adalah miskin tegar. Mereka hidup dengan dinafikan hak pendidikan dan sosio-ekonomi. Konflik di Kashmir bukan perkara baru, namun umat dunia hari ini tidak lagi memberikan perhatian kepada nasib penduduk Kashmir kerana geo-politik yang memihak kepada kerajaan India. Oleh itu negara lain termasuk kuasa besar enggan campur tangan dalam isu Kashmir.
Dunia lebih peduli nasib Ukraine, sedangkan Kashmir bergolak sejak merdeka dari British. Ramai menjadi janda dan anak yatim kerana ‘kehilangan’ ketua keluarga dalam pergolakan ini iaitu samada terbunuh atau hilang begitu sahaja. Solusi yang ada untuk umat Islam di Kashmir adalah bantuan dari luar, khususnya bantuan dari umat Islam yang percaya dan yakin bahawa mereka adalah satu umat yang bersaudara.
Untuk musim sejuk tahun 2021-2022, melalui Iltizam Relief, kita rakyat Malaysia telah membantu dengan selimut untuk 500 orang dan bantuan makanan untuk 300 keluarga. Untuk musim sejuk tahun 2023, kami sasarkan bantuan selimut untuk 1,000 orang dan makanan untuk 500 keluarga. Jom kita bantu secara ikhlas. Mereka tiada siapa lagi yang boleh membantu selain kita, dengan izin Allah!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
BANTUAN MUSIM SEJUK KASHMIR 2023
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Sukacita kami maklumkan, pada 12/2/2023 pihak kami telah agihkan bantuan Fasa Pertama sebanyak 200 selimut dan 200 baju sejuk kepada umat Islam miskin tinggal di pedalaman Kashmir.
Antara cabaran bantuan musim sejuk (winter aid) di Kashmir adalah barang-barang bantuan hanya boleh ditempah dari India, kerana tiada pilihan lain, dan dengan salji tebal menyebabkan kebanyakkan jalan raya ke Kashmir pula tutup. Barang ditempah ambil masa 2 minggu untuk dihantar ke Kashmir jika jalan boleh dilalui.
Berapa pun sumbangan anda, kita telah mengurangkan kesusahan lebih 200 orang umat Islam miskin tegar di Kashmir. Inilah semangat persaudaraan Islam yang sebenar. Ini sejajar dengan sabdaan Nabi s.a.w:
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim (2699)
Semoga bantuan kecil dari kita semua ini mendapat redha Allah dan diringankan urusan kita kelak di alam kubur dan alam Akhirat, insya Allah, aamiin.
Pihak ILTIZAM RELIEF mengucapkan terima kasih kepada Sumbangan.com dan para penderma atas kemurahan hati tuan / puan.
Insya Allah, bantuan musim sejuk fasa 2 akan menyusul di pedalaman Kashmir dan kami buka untuk sumbangan anda.
https://origin.bharian.com.my/dunia/asia/2022/12/1040334/tembak-dua-lelaki-tunjuk-perasaan-meletus-di-srinagar
Isu Kashmir semakin dilupakan oleh umat Islam. Sama seperti di Gaza, kanak-kanak juga menjadi sasaran tentera dan polis penjajah India. Tanpa bantuan kita ramai lagi akan mati kesejukan pula.
Ingatlah, kita umat Islam adalah umat yang satu, jika kita beriman dengan Al-Quran.
Tidak perlu memberi segala harta kita, berkongsilah hanya RM10 sebagai tanda kita sayang dan akui kita umat yang satu.
Ayuh tuan / puan. Nasib mereka hanya akan berubah juga kita membantu.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 10, 2023
ABDUL AZIZ
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2023