BANTUAN BAIK BULIH SURAU DHAIF DI PEDALAMAN

Dianjurkan oleh:
Yayasan EZ Prihatin
Dimulakan pada:
30 Jun, 2022
BANTUAN BAIK BULIH SURAU DHAIF DI PEDALAMAN
7.23%
RM7,235
/RM100,000
277
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Membantu proses baik pulih surau surau dhaif di pedalaman sekaligus dapat memberi keselesaan kepada para jemaah untuk mendirikan solat dan menjalankan aktiviti aktiviti keagaaman di sana

Amalan yang mudah namun pahalanya berterusan. Infaq anda semua akan membantu untuk proses membaik pulih dan pembangunan surau di kawasan pedalaman. Kawasan surau yang uzur, atapnya yang bocor dan lantai surau yang berlubang membuatkan kami terpanggil untuk membantu memberikan bantuan kepada surau yang berada di pedalaman.  

Beginilah keadaan surau-surau di kawasan pedalaman yang telah kami lawati semasa misi bantuan kumpulan Yayasan EZ Prihatin ke Sabah. Keadaan surau di pedalaman ini uzur dan mengalami banyak kerosakan. Tetapi mereka tidak pernah menjadikan ia sebagai halangan namun terus mengunjunginya agar rumah Allah ini diimarahkan dan laungan azan dapat didengari meskipun jauh di kawasan pedalaman.

Tujuan utama projek Kempen Infaq Baik Pulih Surau di Pendalaman ini di ketengahkan adalah untuk membantu proses baik pulih surau-surau dhaif di pedalaman sekaligus dapat memberi keselesaan kepada para jemaah untuk mendirikan solat dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagaaman di sana.

Gambar di bawah menceritakan bagaimana tempat untuk mengambil wuduk di salah sebuah surau yang dikunjungi. Air di dalam bekas akan diisi setiap kali memasuki solat fardu. Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bagi projek ini, semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak. Ayuh sama-sama berinfaq untuk saudara seIslam kita di sana.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yg berterusan, ilmu pengetahuan yg dapat beri faedah dan anak soleh yg mendoakannya”. Hadis Riwayat Muslim

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

21 Jul 2022

Assalamualaikum w.b.t tuan puan.

Semoga anda semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih Allah S.W.T

Izinkan saya pinjam sebentar masa tuan puan dan saya kira masih belum terlambat untuk sampaikan berita gembira ini.

Alhamdulillah, berkat sumbangan tuan puan, surau ini telah masuk ke FASA 2 proses baik pulih.

Dan yang lebih mengembirakan kami, baru-baru ini, surau telah boleh digunakan untuk para jemaah solat sunat Aidiladha.

"Dah lama kami tak rasa suasana macam ni. Surau kami dulu uzur, tak dapat tampung jemaah yang ramai"- Hj. Zulkarnain ( Imam Surau Bakung-Bakung)

In Shaa Allah, proses baik pulih fasa 3 akan diteruskan bagi surau ini yang merangkumi' ruang solat wanita, tempat ambil wuduk, infaq al-Quran dan lain-lain lagi

Tiada lafaz yang saya mampu ucapakan selain Jazakallah Khaira (semoga Allah membalas anda dengan kebaikan)

Semoga berkat sumbangan ini dapat menjadi amal jariah yang akan membantu tuan puan di akhirat kelak..amin.

08 Jul 2022

Alhamdulillah, FASA 1 proses baik pulih Surau Bakung-Bakung telah berjaya di selesaikan dan akan diteruskan kepada FASA 2.

Proses baik pulih FASA 1 melibatkan penukaran atap, syiling dan dinding surau secara keseluruhan.

FASA 2 proses baik pulih akan diteruskan bagi kerja-kerja pendawaian, pemasangan barangan elektrik, pemasangan karpet dan tangki air.

Terima kasih kepada semua penyumbang, moga berkat sumbangan ini menjadi amal jariah anda di akhirat kelak. Amin

Jom teruskan menyumbang untuk bantu lebih banyak surau dhaif di pedalaman.

Keadaan dalaman surau sebelum dibaik pulih

Selepas di baik pulih

 Atap dan syiling yang bocor diganti

Pemandangan dari atas surau selepas atap diganti

Team Yayasan EZ Prihatin menyerahkan sumbangan kipas kepada imam surau 

05 Jul 2022

Alhamdulillah, projek baik pulih surau Fasa 1 telah bermula.

Sumbangan tangki air di surau di salah sebuag pulau pedalaman Sabah.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

WAN AHMAD SYAZWAN BIN WAN SAGAR
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Apr 13, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 05, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTU MADRASAH AL-MUHSININ MENYOKONG RANGKAIAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
INFAQ DI JALAN ALLAH MEMBINA BANGUNAN UNTUK PELAJAR ISLAM
SEDEKAH BANTU BIAYA PENDIDIKAN UNTUK ANAK YATIM
SEDEKAH PENDIDIKAN UNTUK ANAK DI KAWASAN SUKAR DIJANGKAU
BANTU SEKOLAH DI PEDALAMAN INDONESIA
Kempen Sumbangan Tamat