Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)
Dimulakan pada Jan 22, 2024
RM21,199 / 3.03 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM700,000
997 Penyumbang
71 Baki Hari
Lebih 15 orang pelajar tahfiz perempuan yang terdiri daripada golongan asnaf yang sedang menjalani pembelajaran di Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah, Bukit Lanchong, Shah Alam (MATIZ). Mereka hidup dan belajar di dalam bangunan yang tidak selamat untuk didiami dan sering diabaikan oleh masyarakat sekeliling.
Sedangkan…
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.”
(Surah Ali-Imran: 92)
Seandainya tiada bantuan segera, mungkin sampai satu tempoh bangunan tahfiz ini akan runtuh sendiri tanpa diduga dan sekaligus menggugat keselamatan anak-anak tahfiz perempuan di sini..
Lebih menyedihkan adalah, dari luar kita lihat bangunan mereka ini cantik dan selesa. Namun siapa sangka, saat kami menyantuni sendiri tahfiz anak-anak ini, kami sendiri terkejut dan bimbang akan keselamatan mereka di sini.
Bayangkan jika ini berlaku pada anak-anak, keluarga mahupun sahabat kita. Inilah hakikat yang mungkin ramai tidak nampak.
Di saat kita mempunyai kemudahan tempat tinggal dan belajar mahupun bekerja di bangunan yang selesa, namun anak-anak tahfiz perempuan ini terus hidup dalam dalam ketakutan dan tekanan. Kami sebagai wakil sumbangan.com berkali-kali menerima rayuan bantuan dari tahfiz ini untuk usaha selamatkan bangunan anak-anak tahfiz di sini.
Oleh itu dengan ihsan yang prihatin, pihak sumbangan.com telah menganjurkan kempen “Dana Baik Pulih Bangunan MATIZ Untuk Keselamatan Pelajar Perempuan Tahfiz” yang amat memerlukan saat ini agar impian untuk memberikan keselesaan dan keselamatan buat anak-anak ini dapat direalisasikan selewat-lewatnya sebelum akhir 2024 ini.
Ramai yang tidak tahu, realitinya banyak sebenarnya kebocoran, kerosakan, gangguan haiwan liar dan keseumbatan longkang serta loji bangunan tahfiz ini yang sering dihadapi oleh anak-anak tahfiz di sini atas faktor kurangnya pendedahan dan keyakinan orang ramai untuk menyumbang.
Bayangkan, yang lebih menyedihkan dan membimbangkan, setiap masa mereka dalam keadaan tekanan dimana mereka takut sekiranya terjadi sebarang gangguan keselamatan yang tidak diingini ketika mereka berada di sini.
Secara purata, lebih RM700,000 yang diperlukan bagi menampung kos baik pulih bagi keseluruhan tahfiz perempuan ini dan pertukaran nama kawasan tahfiz ini yang perlu diselesaikan segera.
Perbelanjaan besar ini meliputi kos baik baik pulih kebocoran, kerosakan, atasi masalah gangguan haiwan liar, longkang dan loji asrama yang sering tersumbat oleh faktor loji yang dibuat sebelum ini terlalu kecil serta kos untuk pertukaran nama kawasan tahfiz yang meliputi kos guaman yang memerlukan sebanyak RM60,000.
Jadi, marilah kita bersama-sama membantu hilangkan ketakutan dan tekanan yang dialami oleh anak-anak tahfiz di sini!
Semoga asbab kita menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan buat anak-anak tahfiz yang tengah berusaha untuk menjadi penghafal Al-Quran ini baik secara harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan melalui misi ini, segala kesulitan yang kita lalui dalam hidup kita akan dipermudahkan dengan semudah-mudah urusan. In shaa Allah.
Doa Kami Buat Anda!
“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa para penyumbang ini, penderma yang mewakafkan sebahagian harta dunia mereka, dosa kedua ibu bapa dan seluruh keluarga mereka. Kurniakanlah mereka dengan kecukupan rezeki yang tidak putus serta dipermudahkan segala urusan yang mereka usahakan selama ini..”
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
In shaa Allah, anak-anak tahfiz yang menerima manfaat ini akan kembali menyebarkan manfaat kepada masyarakat serta ummah pada masa akan datang.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 13, 2024
ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 13, 2024
AHMAD FADZIL AHMAD ZAMANK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2024