BERSAMA MEMBANTU ASNAF MISKIN BANDAR

Dimulakan pada:
03 Nov, 2023
BERSAMA MEMBANTU ASNAF MISKIN BANDAR
0.64%
RM32
/RM5,000
3
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Mereka hidup dalam kesusahan, perlukan bantuan dari kita. Marilah bersama kami ringankan beban hidup golongan asnaf miskin bandar yang amat memerlukan perhatian kita.

Program sumbangan bantuan untuk golongan asnaf miskin bandar ini akan disasarkan kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar atau pinggir bandar di Lembah Klang dengan berpendapatan di bawah RM1,200 sebulan seisi rumah. Sebahagian besar penerima sumbangan ini adalah golongan ibu tunggal dan sebahagian lagi adalah golongan warga emas. Bantuan ini adalah ikhtiar pihak kami untuk membantu mereka ini lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar.

Sumbangan yang diterima melalui kempen ini akan disalurkan khusus untuk golongan asnaf miskin bandar yang tinggal dalam kawasan bandar atau pinggir bandar dalam negeri Selangor atau berhampiran Lembah Klang. Pengagihan sumbangan akan diberi mengikut maklumat yang diperolehi samada dari Pusat Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Ketua Kampung, Pengerusi Masjid / Surau atau pemimpin NGO setempat.

Di saat masih ramai rakyat khususnya kumpulan sasaran kempen ini iaitu golongan miskin bandar yang hidup dalam kesusahan, maka membantu mereka amatlah selari dengan gesaan Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah: ayat 2)

Oleh itu, dengan rasa kerendahan hati, kami sangat mengalu-alukan Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan agar lebih ramai golongan miskin bandar khususnya golongan asnaf yang terdiri daripada ibu tunggal dan warga emas dapat dibantu. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulur akan menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kami mendoakan agar para penderma sekalian sentiasa dipermudahkan urusan serta dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dengan limpahan keberkatan.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (HR. Muslim)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM12.00
Nov 08, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

PROGRAM BERKHATAN PERCUMA UNTUK PELAJAR TAHFIDZ MISKIN DAN ASNAF
BANTUAN PAKEJ PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI KEPADA PELAJAR TERPENCIL
INFAQ KOS PERUBATAN UNTUK SAUDARA WAN HARUL
Kempen Sumbangan Tamat